Monday 7 May 2012

Family Day V.I.C Motorsports Club (JOHOR) Pada 12 & 13 Mei 2012



1. PENGENALAN

Hari Keluarga Kelab V.I.C Motorsports (JOHOR) yang akan diadakan pada tahun ini adalah merupakan salah satu aktiviti rasmi dan harus dijalankan pada setiap tahun. Ini bagi mengeratkan silaturrahim dan hubungan kekeluargaan antara semua ahli kelab dan keluarga masing-masing. Ini kerana institusi keluarga adalah saluran asas dalam pembentukan sikap, nilai murni, dan integriti seseorang individu, dalam melahirkan sebuah masyarakat yang harmoni dan dinamik. Penganjuran Hari Keluarga ini juga merupakan salah satu cara untuk menyatukan dan meningkatkan kerjasama antara semua ahli kelab V.I.C Motorsports (JOHOR). Aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan semasa Hari Keluarga ini adalah dirancang bagi menghasilkan satu platform semangat setiakawan dan muhibbah antara ahli. Antara pengisian dalam Hari Keluarga ini meliputi aspek kerohanian dan sukan. Adalah menjadi harapan setiap ahli kelab V.I.C Motorsports (JOHOR) agar sambutan Hari Keluarga kali ini akan lebih meriah dan berjalan lancar serta berjaya mencapai objektifnya.


2. OBJEKTIF

2.1       Memberikan ruang kepada ahli kelab V.I.C Motorsports (JOHOR) untuk melakukan aktiviti bersama keluarga mereka dalam pengisian masa yang terluang.
2.2       Sebagai ruang untuk saling kenal-mengenali dan mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan ahli kelab dan ahli keluarga yang lain.
2.3       Menyemarakkan semangat kerjasama, hormat-menghormati dan menanam nilai-nilai murni melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan.
2.5       Mewujudkan persefahaman dan semangat kerja berpasukan di kalangan ahli kelab sekaligus dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti kerja.


3. TEMA

Cadangan tema hari keluarga ialah “SANTAI


4.  PERINCIAN PROGRAM

 4.1      Tarikh                          : 12 & 13 Mei 2012
 4.2      Tempat                        : Ramonia Beach Resort


5. PESERTA

5.1       Semua ahli kelab V.I.C Motorsports Club (JOHOR) dan semua cawangan serta ahli keluarga.


6. TENTATIF / ATURCARA PROGRAM

Sabtu : 12 Mei 2012

9.00     pg        : Berkumpul
10.00   pg        : Bertolak ke Ramonia Beach Resort
12.00   tgh       : Pendaftaran masuk ke chalet / dormitory & aktiviti bebas
1.00     tgh       : Makan tengahari & Solat Zohor
2.00     ptg       : Sukaneka & aktiviti bebas
4.30     ptg       : Solat Asar
5.00     ptg       : Sukaneka & aktiviti bebas
7.00     mlm     : Minum petang & Solat Maghrib
8.00     mlm     : Aktiviti bebas
9.00     mlm     : Solat Isyak
9.30     mlm     : BBQ, Show-Off & ramah mesra
1.00     pg        : Tidur

Ahad : 13 Mei 2012

6.00     pg        : Solat Subuh
8.00     pg        : Sarapan pagi
9.00     pg        : Aktiviti bebas
10.00   pg        : Penyampaian Hadiah & Cabutan Bertuah
12.00   pg        : Keluar chalet dan bersurai


7. ANGGARAN PERBELANJAAN

7.1       Anggaran chalet / dormitory.                                                              
7.2       Anggaran makanan.
            - RM 30.00/seorang.
- Kanak-kanak 6 tahun dan ke bawah dikecualikan.


8. KEMUDAHAN PERSEKITARAN

Terdapat pelbagai kemudahan yang ada di Ramunia Beach Resort ini.       
Antaranya :

-       Berdekatan dengan pantai
-       Tempat BBQ disediakan
-       Gelanggang permainan
-       Balai terbuka
-       Parking luas
-       Surau

9. AHLI JAWATANKUASA 

9.1       Ahli Jawatankuasa yang bertanggungjawab melaksanakan Hari Keluarga.


10. YURAN DAN JADUAL KUTIPAN

10.1     Kutipan duit untuk tempahan awal chalet / dormitory.                       


11. PENGISIAN PROGRAM

11.1     Senarai acara sukaneka untuk ahli kelab dan keluarga.                   
11.2     Senarai hadiah sukaneka & Cabutan Bertuah.                                  

12. PENUTUP

Sekian....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...