VIC MOTORSPORTS CLUB (JOHOR)

Sunday, 26 June 2011

Perjumpaan Ahli Di Batu Pahat





Posted by Remy V-103 at 21:00 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Aktiviti di Batu Pahat
Location: Batu Pahat, Johor, Malaysia
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

V.I.C Motorsports Club (Cawangan Johor)


Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai V.I.C Motorsports Club (Cawangan Johor), boleh menghubungi:

Mr. Botak
017-8416359
Leader Johor

Mr. Zaharul
013-6194396
Leader Muar

Mr. Nasrul
012-7957696
Leader Johor Bahru

Mr. Remy Stark
012-7887464/017-7898052
Setiausaha Johor

Sejarah V.I.C Motorsports Club (Johor)

Kelab V.I.C Motorsports (Johor) bermula di Batu Pahat seawal bulan September dan ditubuhkan secara rasmi pada 9 Oktober 2010. Sebelum penubuhan kelab ini, ianya bermula dari sebuah kumpulan kecil di Batu Pahat yang dianggotai hanya 6 orang ahli. Untuk pengetahuan semua, Kelab V.I.C ini diperkenalkan kepada kami oleh seorang ahli V.I.C Motorsports dari cawangan Negeri Sembilan iaitu saudara Mohd Farid Firdaus Bin Mohd Hassim (V-014).

Antara insan yang mula-mula terlibat dan menerajui penubuhan kelab ini adalah Mohd Fairuz Roslan (Wak Lan), Mohd Firdaus Rasid (Botak), Zaharul Zulkafi (Zarul), Mohd Nazrin (Amat), Nazriraime (Remy).

Semenjak itu Kelab V.I.C Motorsports (Johor) semakin berkembang dengan bertambahnya penyertaan ahli sehingga lebih 25 keahlian dan akan terus bertambah dari semasa ke semasa dengan hanya keahlian dari seluruh Johor dan kini Kelab V.I.C Motorsports (Johor) mempunyai anak cawangan iaitu Batu Pahat, Johor Bahru, Muar dan Mersing.

Aktiviti wajib Kelab V.I.C Motorsports (Johor) setiap tahun adalah konvoi, mengadakan perjumpaan (TT dan Show-off), Hari Keluarga, Majlis Jamuan (Hari Raya, Berbuka Puasa, Harijadi dll), beriadah dan sebagainya.

Kelab V.I.C Motorsports (Johor) bukanlah kelab yang mengenakan sebarang bayaran untuk terlibat apa jua aktiviti di dalam kelab ini (kecuali aktiviti yang memerlukan kita mengutip duit untuk makanan dan sebagainya).

Kelab V.I.C Motorsports (Johor) tidak mementingkan jenis kereta samaada Kereta Kancil mahupun Ferrari atau apa sahaja jenis kenderaan (Beroda 4).

Matlamat V.I.C Motorsports Club (Johor)

Matlamat Kelab V.I.C Motorsports (Johor) ialah untuk mengisi masa lapang dan terluang ahli kelab dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang sihat dan berfaedah agar memberi manfaat bukan sahaja kepada ahli kelab malah kepada masyarakat setempat dan mencegah masyarakat dari memandang negatif kepada ahli kelab yang selalunya dikaitkan dengan lumba haram dan pelbagai gejala negatif.

Selain itu, dapat mengeratkan dan mengekalkan hubungan sesama ahli serta menggalakkan dan membangunkan sukan permotoran di peringkat kelab. Sebarang kegiatan amal atau segala jenis perniagaan juga dapat dilaksanakan untuk tujuan menambah kewangan kelab, asalkan tidak bercanggah dengan undang-undang Negara. Selain itu, Kelab V.I.C Motorsports (Johor) juga memberi sokongan penuh kepada ahli-ahli yang ingin mewakili kelab dalam mana-mana pertandingan Sukan Permotoran seperti Autoshow, sprint test dan lain-lain.

Kelab V.I.C Motorsports (Johor) ingin menjadikan kelab V.I.C Motorsports ini sebagai satu kelab yang berjaya dan juga disegani di antara Kelab-Kelab Permotoran yang berada di Malaysia. Kelab juga ingin melahirkan ahli yang mempunyai disiplin, kesungguhan dan semangat yang tinggi bagi mencapai kecemerlangan serta meningkatkan imej Kelab V.I.C Motorsports.

Terma & Syarat

Kelab ini adalah hak milik V.I.C MOTORSPORTS.
Pihak V.I.C Motorsports (Johor) hanya menjaga dari segi pengurusan dan pentadbiran kelab cawangan bagi memastikan kelab sentiasa bergerak dalam keadaan lancar dan teratur.

Syarat-syarat Keahlian

- Warganegara Malaysia.
- Berumur 18 tahun ke atas.
- Mempunyai kenderaan sendiri.
- Memiliki lesen memandu dan cukai jalan yang disahkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan.
- Tidak terlibat dalam penyalahgunaan bahan terlarang seperti dadah dan alkohol.
- Pengubahsuaian kenderaan tidak keterlaluan dan menyalahi undang–undang,
kenderaan khas untuk ' Autoshow ' dan ' Sukan ' dikecualikan.
- Kenderaan mestilah lengkap seperti cermin sisi, lampu isyarat, lampu berhenti dan sebagainya mengikut undang–undang Jabatan Pengangkutan Jalan.


Setelah menjadi ahli berdaftar, semua ahli dikehendaki mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Pihak Pengurusan supaya tidak ada berlakunya salahguna nama Kelab V.I.C MOTORSPORTS. Segala masalah yang berkaitan dengan Kelab, hendaklah dirujuk kepada Ahli Jawatan Kuasa (AJK) Kelab terlebih dahulu.

Setiap ahli Kelab berhak menerima satu set pelekat rasmi kelab (Stiker cermin depan, stiker cermin belakang, dan stiker nombor keahlian) dan satu T-Shirt Kelab.

Semua AJK Tertinggi dilantik atas budi bicara ahli-ahli bagi menentukan hala tuju kelab. Sebarang jawatan boleh ditarik balik jika kuasa disalahgunakan. AJK Tertinggi yang terpilih adalah dikalangan ahli yang hanya menyertai Kelab V.I.C Motorsports (Johor) sahaja.

Jika terdapat ahli yang melanggar syarat-syarat dan peraturan, pihak kelab akan menggugurkan nama ahli terbabit dari menyertai kelab ini.

Dengan adanya peraturan yang telah ditetapkan, tujuannya adalah agar kita dapat sama-sama memajukan lagi kelab kita ini agar lebih berdaya saing dengan kelab-kelab yang lain, dan juga dapat mengelakkan sebarang perkara-perkara yang tidak diingini berlaku.

Sebarang masalah, rayuan atau cadangan, sila rujuk kepada Pengurusan Kelab.

Penyertaan & Kehadiran

Setiap ahli Kelab dibenarkan untuk menyertai dalam segala aktiviti dan kegiatan yang dianjurkan oleh Kelab V.I.C Motorsports (Johor) ini.

Setelah menjadi ahli berdaftar, semua ahli dikehendaki mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak kelab supaya tidak ada berlakunya salah guna nama Kelab ini.

Ahli-ahli dikehendaki menghadiri perjumpaan dan sebarang aktiviti yang dijalankan oleh kelab, kecuali ada perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan. Kegagalan berbuat demikian sebanyak tiga kali berturut-turut, tindakan yang sewajarnya akan diambil oleh Persatuan.

Ahli-ahli hendaklah menjaga tata susila ketika berada di atas jalanraya dan jika terdapat aduan mengenai tingkah-laku segelintir ahli kelab, maka tindakan akan diambil.

Jika terdapat ahli yang melanggar syarat-syarat dan peraturan, pihak kelab akan menggugurkan nama ahli terbabit dari menyertai kelab ini. Dengan adanya peraturan yang telah ditetapkan, tujuannya adalah agar
kita dapat sama-sama memajukan lagi kelab kita ini dengan lebih berdaya saing dengan kelab-kelab yang lain, dan juga dapat mengelakkan sebarang perkara-perkara yang tidak diingini berlaku.

Semua Ahli Kelab dilarang membuat apa jua aktiviti atau perjumpaan yang menggunakan nama Kelab tanpa kebenaran.

Kelab ini tidak bertanggungjawab jika terdapat ahli yang terlibat dalam kegiatan negatif seperti lumba haram, pengubahsuaian secara keterlaluan yang tidak disahkan oleh JPJ dan sebarang perkara yang mencemarkan nama baik kelab.

Blog Archive

  • ►  2013 (5)
    • ►  June (4)
    • ►  April (1)
  • ►  2012 (12)
    • ►  December (1)
    • ►  November (2)
    • ►  May (4)
    • ►  March (2)
    • ►  February (2)
    • ►  January (1)
  • ▼  2011 (4)
    • ►  December (1)
    • ▼  June (1)
      • Perjumpaan Ahli Di Batu Pahat
    • ►  May (1)
    • ►  February (1)

Labels

  • Aktiviti di Batu Pahat (4)
  • Aktiviti di Johor Bahru (2)
  • Aktiviti di Muar (2)
  • Aktiviti di Kluang (1)
  • Aktiviti di Melaka (1)
  • Aktiviti di Mersing (1)

Facebook Badge

Remy Vic

Create Your Badge

Followers

About Me

My photo
View my complete profile

Music

Copyright VIC Motorsports Club (Cawangan Johor). Awesome Inc. theme. Powered by Blogger.